Arkib Negara Malaysia (ANM): Manfaat buat Pelajar Pengajian Tinggi

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Penubuhan Public records Office pada 1 Disember 1957 oleh Tuan Haji Mubin Sheppard, merupakan peristiwa awal yang penting di dalam sejarah Arkib Negara Malaysia. Arkib Negara Malaysia (ANM) merupakan sebuah agensi yang berfungsi sebagai pusat repositori data, maklumat dan rekod bagi rekod kerajaan dan rekod awam. ANM diterajui oleh Ketua Pengarah, Datuk Azemi bin Abdul Aziz, memegang visi untuk meneraju transformasi Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib sebagai pusat penyelidikan negara yang cemerlang menjelang 2020.

Ketua Pengarah ANM, Datuk Azemi bin Abdul Aziz

Fakulti Pengurusan Maklumat amat menggalakkan para pelajar memanfaatkan peluang yang ada dengan menggunakan perkhidmatan yang di tawarkan oleh pihak ANM. Para pelajar FPM UiTM Cawangan Kelantan, khususnya para pelajar yang mengambil kursus berkaitan pengurusan rekod dan pengurusan arkib  boleh mengunjungi ANM Negeri Kelantan yang sedia memberikan khidmat rujukan dan penyelidikan kepada pelajar pengajian tinggi, selain jabatan agensi kerajaan dan orang awam.

Para pelajar juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan dasar dan garis panduan bagi pengurusan maklumat elektronik dan konvensional yang dikeluarkan pihak ANM. Antara dasar dan garis panduan yang boleh dijadikan rujukan para pelajar adalah seperti:

  • Dasar Pengurusan Rekod dan Arkib Elektronik
  • Dasar Pengurusan Rekod Kerajaan
  • Dasar Pentadbiran Arkib
  • Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam
Pelbagai dasar dan garis panduan

Berikut merupakan alamat ANM Negeri Kelantan

 

ANM Negeri Kelantan

Blok A, Aras 3, Bangunan persekutuan, Jalan Doktor, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: 09 7442 899

Faks: 09 7474 928

 

Kunjungi laman sesawang Arkib Negara Malaysia di alamat http://www.arkib.gov.my/web/guest/home

Laman sesawang Arkib Negara Malaysia
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

©2018 Web Administered by  Faizal Haini

Log in with your credentials

Forgot your details?