Sesi FPM UiTMCK bersama Pelajar Baharu

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Pada 3 Januari 2018 telah berlangsung sesi pertemuan Fakulti Pengurusan Maklumat bersama pelajar baharu bertempat di bilik seminar Perpustakaan Tengku Anis UiTMCK. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai maklumat termasuklah pengenalan kepada program dan fakulti serta hal-hal berkaitan akademik.

Penyelaras Penasihat Akademik FPM UiTMCK, Cik Fatimah Zuhaira Mohamed Yusoff Fauzi memperkenalkan kepada para pelajar berkaitan sistem Penasihat Akademik di mana setiap pelajar diberikan seorang penasihat akademik bagi membantu pelajar di sepanjang tempoh pengajian. Para pelajar dinasihatkan untuk selalu merujuk dan berhubung dengan penasihat akademik masing-masing.

Penyelaras Program IM110, Puan Nur Shaliza Sapiai memberikan taklimat.
Encik Mohd Zafian Mohd Zawawi memberi penerangan berkaitan Portal Pelajar dan iCGPA

Pihak Fakulti mengucapkan tahniah buat semua pelajar baharu kerana telah terpilih sebagai penuntut UiTM. Selamat menimba ilmu di Kampus Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

©2018 Web Administered by  Faizal Haini

Log in with your credentials

Forgot your details?