Sinar Emas di Konvensyen Wilayah Team Excellence 2017

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kejayaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Kelantan (IM-Vative) di Konvensyen Mini MPC yang lalu telah membawa kumpulan ini mara ke Konvensyen Wilayah Team Excellence 2017 yang telah berlangsung pada 25-26 Julai 2017. Konvensyen ini telah berlangsung di Permai Hotel Kuala Terengganu dan disertai oleh institusi-institusi daripada sektor awam dan swasta.

Anugerah yang dipertandingkan adalah anugerah Emas, Perak dan Gangsa. Tahniah kepada IM-Vative yang telah merangkul Anugerah Emas. Turut dianugerahkan Emas adalah Kumpulan Kreavasi, yang juga merupakan kontinjen daripada UiTM Kelantan. Syabas diucapkan.

Pihak Fakulti merakamkan jutaan terima kasih kepada Unit Pengurusan Kualiti, Pejabat Rektor, UiTM Kelantan atas sokongan, dorongan dan dokongan dalam penyertaan Kumpulan KIK mewakili Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Kelantan.

Ketua Kumpulan Inovatif Kreatif, Encik Mohd Zafian Mohd Zawawi.
Barisan ahli KIK IM-Vative mewakili Fakulti Pengurusan Maklumat.
IM-Vative dan wakil Kreavasi bergambar bersama Penyelaras KIK UiTMCK Ustaz Hussaini Ab Razak.
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

©2018 Web Administered by  Faizal Haini

Log in with your credentials

Forgot your details?